Archive for January, 2008

Cara Buat FTP ke Web Server

Thursday, January 31st, 2008

Saya berterima kasih kepada Google kerana memberikan feedback tentang apakah yang diperlukan oleh para pelawat. Saya jumpa soalan ini “cara buat FTP”. Hmm.. mulanya saya fikir ini mungkin soalan kes terasing, tetapi apabila saya menuruti pautan yang membawa kepada hasil carian Google, saya agak terkejut. Rupanya terdapat sistem affiliate yang telah dibuat oleh seseorang untuk menjual ebook “cara buat FTP”. Okay, saya tidak ada masalah dengan hal itu. Apa yang mengejutkan saya adalah betapa maklumat seperti “cara buat FTP” ini begitu berharga dan amat diperlukan oleh orang lain.

Baik, saya cuba kongsikan apa yang saya tahu. Sebenarnya saya nak tunjuk penggunaan FTP Client menggunakan aplikasi windows, tetapi laptop yang saya gunakan ini tidak dipasang dengan aplikasi itu dan tidak ada pula software grafik untuk saya menyediakan gambarnya. Biasanya saya selesa menggunakan PC di rumah yang lengkap dengan aplikasi yang sering saya gunakan.

Tetapi jika berlaku kepada anda begini: anda perlu meng’upload’ beberapa file segera ke web server menggunakan PC yang kosong yang hanya ada internet connection. Anda tidak dibenarkan untuk install sebarang aplikasi lain. Apa akan anda buat?

Jika saya, sudah tentu saya menggunakan sesi FTP melalui MS-DOS. Bagaimana?

1. Klik Start > Run

2. Taipkan “cmd” (sudah tentu tanpa pembuka/penutup kata).

3. Masuk ke folder di mana file anda tersimpan, contohnya di D:\temp\, maka anda akan menulis begini:

d:

CD temp

4. Setelah itu hubungi web server (contohnya server gamb.us):

FTP gamb.us

5. Masukkan username.

6. Masukkan password.

7. Masuk ke folder di mana file patut di uploadkan.

8. Anda juga boleh buat folder baru.

MKDIR poyo

9. Untuk uploadkan file, type begini:

PUT index.html

10. Boleh ulang untuk file-file lain. Setelah siap, boleh say bye-bye:

QUIT

Contohnya adalah seperti dibawah. Yang saya bold kan merah adalah apa yang saya taip, selebihnya adalah respon dari server:

Microsoft Windows XP [Version 5.1.2600]
(C) Copyright 1985-2001 Microsoft Corp.

C:\Documents and Settings\POYO>d:

D:\>CD temp

D:\temp>ftp gamb.us
Connected to gamb.us.
220———- Welcome to Pure-FTPd [TLS] ———-
220-You are user number 2 of 50 allowed.
220-Local time is now 23:25. Server port: 21.
220 You will be disconnected after 15 minutes of inactivity.
User (gamb.us:(none)): webmaster
331 User webmaster OK. Password required
Password:
230-User webmaster has group access to: webmaster
230 OK. Current restricted directory is /
ftp> cd public_html
250 OK. Current directory is /public_html
ftp> mkdir dirbaru
257 “dirbaru” : The directory was successfully created
ftp> cd dirbaru
250 OK. Current directory is /public_html/dirbaru
ftp> put index.html
200 PORT command successful
150 Connecting to port 37249
226-File successfully transferred
226 0.280 seconds (measured here), 1.06 Kbytes per second
ftp: 312 bytes sent in 0.00Seconds 312000.00Kbytes/sec.
ftp> quit

D:\temp>

Okay, mungkin anda nampak cara di atas agak susah, ataupun anda terbiasa menggunakan perisian software seperti WS_FTP atau Cute FTP, maka cara ini kelihatan ganjil. Tetapi inilah “rahsia” yang menjadi asas kepada software-software tadi (sekali lagi, kalau rahsia kenapa pula nak dihebohkan).

Kalau ada kesempatan saya akan tunjukkan cara menggunakan software-software lain seperti File Zilla, WS_FTP atau Cute FTP.

Cara Install Wordpress Pada Hosting Berbayar

Tuesday, January 29th, 2008

Cara Mudah Masukkan Google Adsense ke Wordpress

Monday, January 28th, 2008

Bagaimana Membatalkan Plugin Yang Telah Dipasang

Sunday, January 27th, 2008

Apa Itu Wordpress Plugins

Friday, January 25th, 2008

Bersosial Di Web dengan MyBlogLog

Tuesday, January 22nd, 2008

Konsep Ping - Pong Membantu Meningkatkan Exposure Blog

Tuesday, January 22nd, 2008

Upgrade Script Wordpress Anda

Sunday, January 20th, 2008

Ambil Masa Untuk Menulis

Saturday, January 19th, 2008

Popularkan Blog Anda

Friday, January 18th, 2008