Google PageRank: Apa Kena Mengena?
Thursday, February 28th, 2008
Google PageRank sebenarnya adalah analisis kepentingan sesuatu laman web. Berapa penting website anda? Mungkin penting bagi anda tetapi tidak bagi orang lain. Kepentingan ini dikira dari segi betapa banyaknya link masuk ke laman web anda. Bukan itu sahaja, ia melibatkan analisis dan algorithm yang complex oleh Google. PageRank di cipta di Stamford University oleh Larry Page, salah seorang pengasas Google, sebab itu lah namanga Page Rank.
Untuk mengetahui kepentingan sesebuah laman web, anda boleh menggunakan Google Toolbar. Google Toolbar akan berada di atas web browser anda dan mempamerkan PageRank sesebuah laman web dalam bentuk nombor antar 0 hingga 10 setiap kali laman itu di loadkan. 0 bermakna ia kurang penting, dan 10 bermakna sangat penting.

Melalui Wikipedia, ada disebut bahawa PageRank sebenarnya boleh dipermainkan. Contohnya, sesuatu laman web baru boleh mendapatkan PR10 dengan cara menggunakan redirection. Redirection 301 dan meta refresh akan mengakibatkan laman yang baru dibentuk ini akan menerima PR10 pada masa update yang akan datang (3 bulan sekali Google akan updatekan PR). Selain itu, terdapat juga mereka yang mempunyai PR yang tinggi membuat penjualan perkhidmatan PR. Melalui cara ini, laman dengan PR yang lebih tinggi membuat link kepada laman baru. Oleh kerana nature kepada algorithm yang digunakan, maka Google akan menganggap laman baru itu juga mempunyai kepentingan yang tinggi. Walaupun begitu Google menasihatkan webmaster agar tidak mencontohi perkara ini kerana ia boleh dianggap menipu dan web yang terlibat akan dipinggirkan sama sekali.






