About

Saya telah menyewa perkhidmatan web hosting dari penyedia luar negara selama 3 tahun, bermula hujung tahun 2007. Perkhidmatan ini agak baik mutunya pada saya. Ia memberikan ciri-ciri biasa yang diperlukan untuk satu laman blog biasa seperti PHP, MySQL dan email. Nak dijadikan cerita, kapasiti web hosting yang sewa ini agak besar, beribu-ribu Mb space dan unmetered bandwidth, juga dengan penambahan domain tanpa had. Jadi saya merasakan ada baiknya kapasiti ini saya kongsi bersama mereka yang memerlukan, terutamanya pendatang baru dalam arena blogging. Di sini, saya berkongsi perkhidmatan web hosting dan juga sedikit pengetahuan yang saya ada tentang Wordpress dan beberapa tips yang tidak seberapa.

Harapnya kewujudan laman gamb.us ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya terdapat penambah-baikan yang perlu dilakukan, sila maklumkan kepada saya di alamat berikut:

webmaster at gamb.us

(gantikan ‘at’ dengan @)

Buat masa ini saya masih membuka permohonan untuk blog hosting. Tutorial dan guides disediakan untuk memudahkan anda pelajari selok-belok memasang Wordpress. Insyaallah, perkhidmatan ini saya sediakan secara percuma dan tanpa apa-apa iklan. Anda juga bebas untuk meletakkan linkback atau tidak kepada website ini.

Hubungi saya untuk sebarang bantuan.

Basri / mightyhitter