Berapa Banyak Cara Buat Blog?

Artikel ini ditujukan untuk para pendatang baru. Mungkin ada yang tertanya-tanya..

..apakah cara paling baik untuk buat blog?

..dimana tempat paling baik untuk buat blog?

..apa itu blog..apa fungsi blog?

Mungkin saya tidak mampu untuk memberikan pemahaman kepada semua orang, tetapi saya boleh cuba menjawab sekadar termampu.

Dalam internet, beberapa pengertian diberikan untuk blog: jurnal online, diari online yang selalu dikemaskini, singkatan “web log” yang bermaksud perkongsian peristiwa dengan orang-orang online. Tetapi blog pada masa ini bukan sahaja digunakan untuk menulis diari atau berkongsi tentang peristiwa dalam hidup peribadi. Blog semakin dikenali sebagai ekspresi “free opinions” atau pendapat bebas. Bloggers menulis tentang apa sahaja yang diingini tentang hal peribadi, computer, politik, music, jual-beli..apa sahaja yang termampu diblogkan. Dan dalam pengertian saya sendiri, blog sebenarnya hanyalah satu laman web biasa, cuma interface nya dimudahkan dengan perisian seperti Wordpress atau Typepad.

Jadi tentang cara buat blog: saya meneliti soalan ini adalah antara soalan popular yang kerap dicari. Sebenarnya anda sebagai seorang newbie boleh memiliki blog dan mula menulis dalam masa kurang dari 5 minit. Saya kategorikan cara buat blog kepada 2:

#1 Kategori Melibatkan Pihak Ketiga

- iaitu blog ini dihoskan oleh satu pihak lain samada secara percuma atau berbayar (kebanyakannya percuma), contoh:

Wordpress.com, Blogger.com, TypePad

#2 Kategori Melibatkan Script Installation

- iaitu blog yang dihoskan sendiri oleh blogger (kebanyakannya hosting berbayar, atau apply untuk blog hosting percuma) dengan memasang skrip, contoh:

Script Wordpress, Script EggBlog, Script Kure

Yang mana lebih baik? Sebenarnya kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Kategori #1, anda sebenarnya jimat berbelanja - tidak perlu membayar kos hosting, bandwidth atau domain name. Selain itu kebanyakan penyedia pihak ketiga adalah syarikat-syarikat besar, maka mereka sememangnya mementingkan kualiti. Jadi amat jarang, atau tidak ada langsung masalah downtime (iaitu laman blog anda ter offline disebabkan masalah koneksi internet atau kegagalan hardware).

Kategori #2 pula, walaupun anda perlu membayar untuk hosting dan domain name, anda ada banyak kebebasan dari segi penggunaan space dan nama domain yang agak ranggi. Selain itu anda boleh memasang iklan untuk sedikit pendapatan sampingan. Tetapi adalah dinasihatkan untuk mengambil perkhidmatan dari penyedia yang baik, yang jarang downtime dan mempunyai rancangan backup yang betul. Ini penting untuk survival blog anda.

Sampai disitu cerita saya tentang 2 kategori cara membuat blog.

Leave a Reply