Google Sitemap Plugin - Bantu Google Untuk Bantu Anda
Friday, February 8th, 2008
Antara 2 plugin yang tidak akan saya tinggalkan untuk mana-mana blog saya ialah MightyAdsense dan XML Sitemap. Mengapa plugin sitemap ini begitu penting? Sebenarnya plugin ini membantu saya mendaftarkan senarai semua URL yang valid di blog kepunyaan saya untuk di crawl oleh Google Search Engine.
Konsep ini dipanggil membantu Google untuk membantu anda. XML Sitemap ini ditulis oleh Arne Brachhold. Dengan menggunakan plugin ini, anda sebenarnya memberitahu Google URL manakah yang penting priority nya dan sekerap manakah Google patut crawl URL berkenaan.
Secara ringkasnya, selepas menggunakan plugin ini anda akan mempunyai satu URL sitemap seperti contoh dari Gamb.us. Jangan keliru dengan istilah ’sitemap’ yang sering digunakan oleh webmaster untuk mempamerkan keseluruhan content mereka dalam satu page. Sitemap ini, yang secara khususnya dinamakan Google Sitemap adalah untuk tujuan di baca oleh robot, bukan manusia. Crawler akan membaca sitemap ini dan membuat interpretasi tentang kandungan website anda dan sekerap mana ia harus datang untuk membacanya semula.
Selain itu, penggunaan sitemap ini dapat membantu saya dalam Google Webmaster Tool. Saya memerlukan feedback dari Google apakah maklumat yang diperlukan oleh pelawat dari laman-laman blog yang saya kendalikan.
Pemasangan plugin ini amat mudah: download, upload ke website, dan activate. Sekiranya anda gagal mendapatkan sitemap buat pertama kali, trick nya amat mudah: uploadkan 2 file kosong yang dinamakan sitemap.xml dan sitemap.xml.gz ke root folder blog dan tukarkan permission untuk kedua-duanya kepada 777. Runkan plugin itu sekali lagi, anda pasti boleh melakukannya.






