Archive for the ‘Soalan Popular’ Category

Menghantar Banyak Email Dalam Satu Masa (Bulk Emailing)

Friday, February 15th, 2008

Perkara ini memang selalu diminati oleh pendatang baru dunia internet - tambahan pula jika seseorang itu melibatkan diri dalam bisnes internet atau MLM. Bukan saja pendatang baru, bahkan mereka yang agak lama dalam cyberworld ini - masih meminati cara penghantaran email bulk seperti ini.

Bagi saya hanya terdapat 1 motif mengapa seseorang itu mahukan proses penghantaran seperti ini: promosi. Apa saja promosi - berkenaan produk, perkhidmatan atau agenda dan mesej tersendiri - semuanya berkisar tentang promosi. Dan promosi biasanya dikaitkan dengan pulangan, atau dalam erti kata lain ialah wang. Ramai ‘pakar-pakar’ pemasaran internet samada dari luar negara ataupun dari Malaysia sendiri turut sama mengambil peluang - mengadakan kelas atau menulis ebook pula tentang bagaimana membuat mass emailing ini.

Saya bukan mahu menjadi istimewa, tetapi pada pendapat saya ramai antara ‘pakar-pakar’ itu sendiri tidak beretika dalam tugas mereka. Dunia sekarang begitu sempit dan masing-masing kena berhimpit untuk dapatkan sesen dua, jadi soal etika ramai yang sanggup letakkan ke belakang. Saya pernah ke sebuah kedai buku yang agak popular, meninjau-ninjau sebaris buku yang baru tiba tidak lama dulu. Salah satunya saya rasa tertarik dengan judul lebih kurang berbunyi “11 cara efektif pemasaran internet”. Tidak pula saya ingat siapa pengarangnya (mungkin saya tidak mahu mengingati beliau :)). Salah satu cara efektif yang digariskan oleh beliau ialah mass emailing - atau dengan lebih tepat lagi menggunakan groups di yahoogroups sebagai sasarannya. Efektifkah cara berkenaan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Adakah ia beretika? Saya tidak fikir begitu. Spamming selamanya adalah tidak beretika.

Menghantar email kepada seseorang yang tidak dikenali dan cuba meyakinkan beliau tentang produk atau perkhidmatan tertentu; itu tidak manis. Tapi ramai yang suka memilih cara ini kerana beranggapan ia amat sesuai! Ia seolah-olah anda yang bersopan semasa beratur di pejabat pos, tetapi bertukar menjadi seorang yang tidak sabar dengan memotong barisan di laluan kecemasan semasa memandu (mungkin kerana rasa security yang ada kerana berada dalam kereta sendiri). Membuat spamming atau menghantar email komersial kepada mereka yang tidak dikenali adalah sesutu yang buruk untuk dilakukan.

Jadi apakah yang perlu anda buat untuk tetap juga menggunakan mass emailing tanpa menyakitkan hati orang lain? Beberapa alternatif yang ada:

1. Buat database sendiri, biarkan mereka yang berminat untuk menerima email komesial dari anda menyerahkan diri mereka sendiri. Mungkin satu cara terbaik ialah menawarkan produk atau perkhidmatan percuma yang memerlukan subscription. Namun jangan dilupakan disclaimer yang berkenaan.

2. Gunakan auto-responder. Tools ini banyak disediakan oleh third party, samada secara percuma atau berbayar. Mereka yang mendaftarkan diri ke dalam auto-responder adalah mereka yang mahu menerima email - jadi tidak timbul soal spamming.

3. Gunakan perkhidmatan paid emails. Perkhidmatan ini sebenarnya menawarkan broadcasting service di mana pihak ketiga akan memasarkan mesej anda dalam network mereka yang di anggotai oleh ahli berdaftar. Ahli kebiasaannya di berikan incentive untuk membaca setiap email yang dihantar.

Di akhir kata, saya suka menyarankan mereka yang pernah menggunakan konsep mass emailing secara ‘bawah sedar’ ini untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama. Mari kita jadikan internet sebagai satu media yang aman dan menarik untuk semua - quit spamming. Anda juga digalakkan untuk menyebarkan mesej ‘anti-spamming’ dimana-mana yang mampu dilakukan.

Berapa Banyak Cara Buat Blog?

Tuesday, February 12th, 2008

Mana nak dapatkan domain percuma?

Tuesday, February 5th, 2008

Cara Beli Nama Domain

Saturday, February 2nd, 2008

Cara Buat FTP ke Web Server

Thursday, January 31st, 2008

Cara Install Wordpress Pada Hosting Berbayar

Tuesday, January 29th, 2008