Free Blog Hosting
->
Gamb.us menyediakan perkhidmatan free blog hosting secara khusus kepada ahli berdaftar nogold.com. Walaubagaimanapun, permohonan dari bukan ahli juga diterima mengikut keadaan.
Apakah perkhidmatan free blog hosting dari gamb.us?
Perkhidmatan ini memberikan anda ruang web yang mana ianya digunakan untuk menghostkan file-file blog anda.
Kenapa percuma, ada apa-apa yang tak kena?
Tidak ada sebab. Sebenarnya pemilik gamb.us menyediakan perkhidmatan ini sebagai satu hobi.
Apakah spec yang diberikan?
100Mb storage, unmetered bandwidth. 1 FTP account, 1 email account & 1 koneksi MySQL. Cukup untuk satu blog.
Perlu buat link back?
Tidak perlu, tetapi jika anda mahu juga buat link back, sila link kepada gamb.us.
Apa yang perlu dibuat untuk dapatkan perkhidmatan ini?
Dapatkan satu domain name, point kepada ns1.gamb.us dan ns2.gamb.us, kemudian maklumkan kepada saya. Makluman boleh dibuat dengan membuat reply kepada artikel ini.
Adakah perkhidmatan blog hosting yang diberikan ini hanya sekadar gimik marketing dan trial-based?
Tidak. Saya tidak bercadang mengenakan bayaran ke atas perkhidmatan yang dinamakan percuma.
Apakah terma perkhidmatan blog hosting percuma ini?
Selain dari syarat-syarat biasa web hosting, para pengguna di sini tidak dibenarkan memuat naik sebarang hasil yang dilindungi hak cipta dan juga bahan pornografi.






