Galakkan Lawatan Semula: Guna Chicklet Chooser

Secara amnya cabaran bagi mana-mana webmaster atau blogger adalah mendapatkan visits yang maksimum. Bagaimanapun, cabaran yang lebih berat ialah mendapatkan revisit atau lawatan semula. Blog atau laman yang baik seumpama lantai yang disapu gam; pelawat akan datang berulang-kali untuk mendapatkan informasi yang dihidangkan. Inilah yang dikatakan sebagai lawatan semula.

Salah satu cara yang digunakan untuk menggalakkan berlakunya lawatan semula di kalangan pelawat ialah penggunaan chicklet chooser. Apa gunanya chicklet chooser? Ianya di sediakan oleh FeedBurner yang mana dengan menggunakan tools ini, para pelawat diberikan pilihan untuk membaca content laman anda dari news reader yang mereka gemari. News ini dibekalkan kepada reader melalui RSS. RSS adalah syndication yang memang azali ada bersama Wordpress, jadi andatidak perlu risau berkenaan hal itu. Oleh kerana pelawat membaca news reader mereka setiap hari (boleh dikatakan begitu), maka peluang laman anda untuk dulawati buat kali kedua dan seterusnya amat tinggi - bergantung kepada sebagus mana content yang anda bekalkan.

Cara menggunakan chicklet chooser seperti berikut:

1. Login ke FeedBurner.

2. Pilih menu Publicize.

01-publicize.gif

3. Pilih Chicklet Chooser.

02-chicklet-chooser.gif

4. Pilihlah News Reader yang diguna ramai. Saya memilih Yahoo, Google, Netvibes dan AOL.

03-choose.gif

5. Anda boleh pilih sebanyak mana News Reader yang dikehendaki, tetapi jangan lupa mencatit code yang diberikan.

04-code.gif

6. Code ini seterusnya boleh dipastekan kepada template (Presentation > Theme Editor), atau menggunakan widgets (Presentation >Widgets).

7. Berikut ini adalah hasil akhir selepas code di masukkan ke blog ini.

05-final.gif

Usaha ini mungkin tidak sehebat traffic generator lain, tetapi ianya amat mudah untuk dilakukan, jadi kenapa tidak ianya di implementasikan sahaja? Selamat mencuba.

Leave a Reply