Gamb.us - Free Blog Hosting
Objektif penajaan blog hosting secara percuma ini sebenarnya saya lakukan untuk mereka yang baru nak bermula dengan blog dan tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan hosting. hanya blog sahaja yang dibenarkan. Laman web statik biasa tidak termasuk dalam tawaran ini, kerana program penajaan ini saya lakukan untuk blog sahaja. Akan tetapi terdapat beberapa web statik yang sengaja dilepaskan, sementara tidak banyak permintaan dari mereka yang nak memulakan blog. Sekiranya suatu hari nanti terdapat banyak permintaan dari new bloggers, maka priority adalah kepada mereka yang ingin berblog. Dan mungkin web statik akan diminta untuk memberi laluan kepada bloggers. Akan tetapi pada masa ini, just enjoy the ride! Kapasitinya masih ada..so tidak ada apa yang perlu dikecohkan. Happy blogging.