Jadikan Laman Feed Anda Lebih Mesra Browser

Web Browser adalah software yang digunakan untuk menjelajah atau ’surfing’ laman web. Ciri biasa web browser termasuklah memaparkan text, gambar, animasi dan beberapa ciri keselamatan seperti cookies. Kebiasaannya untuk ciri yang lebih advance, web broser memerlukan plugin dari penyedia ketiga (third party) seperti flash player ataupun media player.

Beberapa Web Browser yang yang biasa digunakan ialah Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera dan Netscape Navigator (teringat bahawa sudah terlalu lama saya tidak menggunakan Netscape Navigator yang dulunya merupakan web browser favourite saya). Walaubagaimanapun, cara interpretasi web browser ini mungkin agak berlainan dari satu sama lain. Sesetengah web browser tidak memahami langsung tag-tag tertentu yang digunakan oleh pemilik laman web.

Isu ini termasuklah soal  mempamerkan content feed dari blog. Sesetengah web browser hanya mempamerkan raw XML yang agak tidak friendly untuk dibaca oleh mata manusia, manakala sesetengah pula boleh mempamerkannya dengan baik. Soalnya, webmaster tidak mengawal selia apakah web browser yang digunakan oleh pelawat, dan webmaster tidak mungkin dapat mengawal perkara ini. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan cara menyeragamkan bentuk bagaimana laman feed XML ini dipertontonkan kepada pelawat.

Di sinilah FeedBurner memainkan peranannya.  Perkhidmatan percuma ini sebenarnya menawarkan banyak tools untuk webmaster, termasuklah ‘menjadikan’ laman feed anda lebih mesra browser. Bagaimana?

1. Seperti biasa, login ke akaun FeedBurner anda.

2. Pilih menu Optimize.

3. Pilih submenu BrowserFriendly. Terdapat banyak icon newsreader yang dipamerkan. Saya meilih untuk enable kesemua newsreader, memberikan advantage untuk exposure yang lebih besar. Tick kan kesemua newsreader.
01-options.gif

4. Tekan butang save. Sebelum itu anda juga boleh enablekan personal message jika mahu.

5. Laman feed anda akan sejurus kemudian akan menjadi browser friendly, lebih mudah dibaca oleh pelawat dan menampung lebih banyak cadangan newsreader.

02-browser-friendly.gif

Jangan lupa menghubungkan  laman uatama anda kepada laman feed ini bagi memberikan preview feed yang ditawarkan, contohnya: http://feeds.feedburner.com/gambus . Selamat mencuba.

Leave a Reply